Saturday, October 20, 2012

Kenali diri anda melalui warna

Apakah warna kegemaran anda...HIJAU? KUNING? MERAH? HITAM?..setiap manusia mempunyai warna kegemaran masing-masing..akan tetapi mengikut kajian ahli psikologi, warna-warna tersebut mempunyai makna dan mempunyai perkaitan dengan personaliti individu tersebut.
Ahli psikologi telah menyeneraikan empat warna primer yang menggambarkan sikap dan watak anda.
  1. MERAH
  2. HIJAU 
  3. KUNING
  4. BIRU

anda pilih warna apa?
  • MERAH
warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan nafas. Warna ini mempengaruhi produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.merah terang
warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya: Agresif, garang, aktif. Pengaruhnya: berkemahuan keras, penuh ghairah, dominasi & kejantanan.

2. merah jambu
warna ini melambangkan romatik, feminin. warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

  • BIRU
warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi dan pernafasan.

1. biru tua
warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. sifatnya: konsentrasi, koperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik. pengaruhnya: tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung & ramai kawan.

2. biru muda
warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazamannya. sifatnya: bertahan, pelindung, tidak berubah fikiran. pengaruhnya: keras kepala, teguh, tetap pendirian & bangga diri.


  • KUNING
warna ini melambangkan kegembiraan. warna ini mempunyai sifat: selamba, santai, tenang dan tidak berkesan dengan masalah. berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1. kuning terang
warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. sifatnya sederhana tetapi unik. sifatnya: bertolak ansur, berhati-hati, menonjol. pengaruhnya: berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.


  • KELABU & HITAM
1.kelabu
warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. warna itu sifatnya lebih kepada neutral.

2. hitam
warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan dan kepunahan.


  • COKLAT & UNGU
1.coklat
warna ini sering kali menunjukkan ciri-ciri suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangkan terhadap kesejahteraan dan kebahgiaan masa depan.

2. ungu
warna ini adalah campuran warna merah dan biru melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik dan berperasaan mendalam dan peka. sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

p/s: ini hanya lah kajian dan ditegah untuk percaya 100% hanya sebagai panduan ^^,


1 comment:

jessforshort. said...

wow purple... haha :D

btw, bw here and follow. do visit mine ya.. have a good day! ^^