Thursday, December 29, 2011

somatoform disorders

*somatoform???
pe tu...x penah dengar pun selama ni...sejenis kuih ke??atau westener food??
~somatoform ialah:
soma-badan
form-bentuk2
somatoform disorders ialah kecelaruan yang berkait dengan badan..=)

1.Hypochondriasis
(mengalami kebimbangan tentang sesuatu penyakit yang mana kebimbangan itu tidak berasas)
A.perasaan bahawa mempunyai penyakit ataupun berfikir bahawa mempunyai penyakit akibat simptom2 yang berlaku pada badan.
B.asyik dengan kenyataan bahawa dia memerlukan rawatan dengan kenyataan yang menyakinkan.
C.kepercayaan tentang A bukan delusi tetapi salah interpretasi sahaja. ia tidak tertakluk pada penampilan tetapi rasa.
D.mengganggu kefungsian hidup
E.tempoh: berlaku sekurang2nya 6 bulan.
*contoh-seseorang itu hanya mengalami sakit kepala yang biasa tetapi dia memikirkan sakit kepala itu mungkin dia ada tumor otak. sakit dia biasa sje tp die fikir lebih2.

2.Somatization disorders
A.selalu mengadu mengenai sakit dan bermula sebelum umur 30 tahun
B.kriteria yang perlu ada:
- 4 simptom kesakitan: kepala, perut, belakang, sendi
-2 simptom gastrointestinal: loya, cirit-birit, kembung perut
-1 simptom sexual: ejakulasi, period tidak teratur dan muntah sepanjang mengandung
-1 simptom pseudo-neurological: buta, pekak, sawan
C. antara 1 atau 2
1.kriteria B tidak boleh dijelaskan dengan perubatan
2.kesakitan yang dialami melebihi daripada sejarah, ujian fizikal dan penemuan makmal
*contoh-individu tersebut seorang yang sentiasa mengadu dia mengalami kesakitan.hari ini dia sakit kepala,esok dia cirit-birit dan lusa pula dia mengalami period yang tidak teratur.

3.Conversion disorders
(pertukaran psikologi kepada fizikal)
A.1/> simptom atau menyebabkan berkurang pergerakan atau deria yang telah dinyatakan oleh neurologi atau gmc.
B.faktor psikologi ialah faktor utama yang menyebabkan berlaku simptom2 deficit atau konflik atau stress.
C.tidak berpura2
D.tidak boleh dijelaskan dengan perubatan
E.mengganggu kefungsian hidup
*contoh-individu tersebut mengalami kesakitan yang betul dan bukan dibuat2 tetapi kesakitan itu sebenarnya nampak teruk disebabkan oleh masalah psikologi yang dihadapi.kesakitan yang dialami itu ialah kesakitan yang berat seperti lumpuh dan bukan berkaitan dengan luka.

4.Pain disorders
A.sakit pada mana2 bahagian badan apabila dilihat nampak teruk dan memerlukan rawatan klinikal
B.mengganggu kefungsian hidup
C.faktor psikologi yang menyebabkan menjadi semakin teruk atau maintain.
D.sakit itu bukanlah satu yang pura2.
*contoh-individu itu mengalami luka akibat kemalangan. luka tersebut lambat nak sembuh. hal ini disebabkan oleh faktor psikologi.

5.Body dysmorphic disorder
A.terlalu asyik dengan penampilan
B.mengganggu kefungsian hidup