Tuesday, September 25, 2012

kaunselor goyang kaki?"

"alaaa...senang je pun kerja kaunselor tu..dah lah duduk dalam bilik je.ada aircond lak tu.erm...gaji mahal tapi kerja tak x de sangat"

itulah kata-kata keramat yang sering dihadiahkan kepada kaunselor. pada mulanya saya pun berasa begitu.sebelum saya menceburkan diri di dalam dunia kaunseling ini iaitu semasa berada di sekolah menengah saya fikirkan seorang kaunselor tak lah susah sangat.sekadar dengar masalah orang lain.saya tertarik untuk menceburkan diri di dalam bidang kaunseling disebabkan oleh kaunselor saya yang peramah dan mesra kepada pelajarnya.
NAMUN.....
rupanya apa yang saya fikirkan itu saya...
kaunseling satu bidang yang amat luas...
kaunseling bukan sekadar kita mendengar masalah orang lain iaitu dengan melakukan kaunseling individu malahan kita juga kena membuat kelompok kaunseling, yang mana kita akan mengumpul sekurang-kurang 6 orang pelajar untuk kita menjalankan sesi.bukan sekadar itu sahaja...
kerja seorang kaunselor juga:
  1. bimbingan individu
  2. bimbingan secara kelompok
  3. program kemahiran belajar
  4. program kepimpinan
  5. program pengurusan masa
  6. program kem ibadah
  7. kaunselor juga hendaklah mantap dari segi pendokumentasian
  8. kaunselor juga akan terlibat di dalam pengurusan sekolah
itu hanya antara sebahagian tugas seorang kaunselor. setelah menjalani latihan untuk menjadi kaunselor ini baru saya memahami tugas sebenar kaunselor.sememangnya ia amatlah berat TETAPI itu bukanlah satu penghalang kepada saya untuk membantu anak bangsa....

No comments: