Thursday, October 25, 2012

semester 2~raudatus sakinah...

bermulalah alkisah....setelah tamat semester satu maka bermulah episod semester dua...hehe...pada semester  ni, kami telah diberikan satu tugasan untuk membuat lawatan ke Raudatus Sakinah bagi melengkapkan tugasan subjek Kaunseling Personaliti. Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Objektif

  • Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup.
  • Membantu remaja membina semula keyakinan diri.
  • Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Khidmat & Bimbingan

  • Bimbingan Kerohanian
    • Fardhu Ain
    • Al-Qur’an
    • Hadith
    • Bimbingan Mukmin
    • Akhlak
    • Aqidah
    • Doa
    • Sirah Nabi
  • Bimbingan Bina Diri
    • Kaunseling Individu dan Kelompok
    • Motivasi
    • Jati Diri
  • Riadah, Rekreasi dan Kesenian
    • Senaman
    • Rehlah
    • Outdoor Games
    • Nasyid
  • Kemahiran Diri
    • Komputer
    • Masakan
    • Jahitan
    • Kraftangan
  • Aktiviti Sampingan
    • Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada remaja yang memerlukan
    • Program Outreach:
      • Mengadakan siri-siri ceramah di Sekolah, IPTA dan IPTS.
      • Menyebarkan risalah-risalah bimbingan kpd masyarakat sbg usaha pencegahan.

Syarat Kemasukan

  • Remaja perempuan berumur antara 12-25 tahun.
  • Beragama Islam dan warganegara Malaysia.
  • Mangsa gejala sosial seperti: penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.
  • Bebas dari kes undang-undang dan penyakit kronik.
  • Bersedia merubah diri dan menjalani bimbingan sekurang-kurangnya selama setahun di RS.
ini ada sedikit cenderahati...hehe















No comments: