Tuesday, September 25, 2012

tua dah kot...

pada hari ini tiada kelas pukul lapan. makanya aku mulai lah melembutkan jari jemari untuk menulis pada diari atas talian (online) ku ini..
masa terus berlalu dan berlalu...sekarang aku sudah berada di semester lima rupanya...hanya tinggal tiga semester lagi untuk aku menamatkan pengajian di universiti tercinta ini. aku terasa seperti baru semalam aku mendaftar untuk menjadi mahasiswi di universiti ini...sekejap je kan masa berlalu ^^,..
hari ini aku hanya ingin berkongsi gambar wajah-wajah ceriaan sahabat sejati ku selama-lamanya yang sentiasa bersama aku di dalam susah dan senang. kami rebah dan bangun bersama..terima kasih kawan-kawanku..



semester 1...comey kan kami..=)
semester 2 eseimen pertama pergi ke lapangan...

semester 3 eseimen tuk psikologi abnormal..bez sgttt




wajah ceria di awal semester 5.kamilah bakal kaunselor HEBAT!




kaunselor goyang kaki?"

"alaaa...senang je pun kerja kaunselor tu..dah lah duduk dalam bilik je.ada aircond lak tu.erm...gaji mahal tapi kerja tak x de sangat"

itulah kata-kata keramat yang sering dihadiahkan kepada kaunselor. pada mulanya saya pun berasa begitu.sebelum saya menceburkan diri di dalam dunia kaunseling ini iaitu semasa berada di sekolah menengah saya fikirkan seorang kaunselor tak lah susah sangat.sekadar dengar masalah orang lain.saya tertarik untuk menceburkan diri di dalam bidang kaunseling disebabkan oleh kaunselor saya yang peramah dan mesra kepada pelajarnya.
NAMUN.....
rupanya apa yang saya fikirkan itu saya...
kaunseling satu bidang yang amat luas...
kaunseling bukan sekadar kita mendengar masalah orang lain iaitu dengan melakukan kaunseling individu malahan kita juga kena membuat kelompok kaunseling, yang mana kita akan mengumpul sekurang-kurang 6 orang pelajar untuk kita menjalankan sesi.bukan sekadar itu sahaja...
kerja seorang kaunselor juga:
  1. bimbingan individu
  2. bimbingan secara kelompok
  3. program kemahiran belajar
  4. program kepimpinan
  5. program pengurusan masa
  6. program kem ibadah
  7. kaunselor juga hendaklah mantap dari segi pendokumentasian
  8. kaunselor juga akan terlibat di dalam pengurusan sekolah
itu hanya antara sebahagian tugas seorang kaunselor. setelah menjalani latihan untuk menjadi kaunselor ini baru saya memahami tugas sebenar kaunselor.sememangnya ia amatlah berat TETAPI itu bukanlah satu penghalang kepada saya untuk membantu anak bangsa....