Thursday, November 15, 2012

Loving, Sharing & Caring~ part 1


Bersempena pengambilan subjek Pengurusan & Konsultasi Sekolah, kami telah diberikan tugasan untuk membuat program di sekolah. Kami juga diminta untuk membentuk beberapa kumpulan. Kami telah membentuk sebanyak 5 kumpulan. Kumpulan saya sendiri terdiri daripada saya, shafiksuziesafika & mastura.. perbincangan dan meeting sana sini pun dimulakan..

Pada meeting yang pertama kami membincangkan mengenai ahli jawatankuasa, jenis program, tempat, masa & tarikh serta banyak lagi yang berkaitan.. Pada mulanya kumpulan saya mahu menjalankan program yang berkaitan dengan pelajar yang menghadapi masalah disiplin. Akan tetapi disebabkan kami tidak mempunyai modul untuk membuat program sedemikian. maka kami telah menukar program yang hendak kami jalankan. kami telah menjalankan program yang menggabungkan pengawas sekolah dan pelajar yang mempunyai rekod masalah disiplin.

perbincangan yang penuh tumpuan

Setelah menghadapai pelbagai cabaran dan halangan kerana ditolak untuk menjalankan program kerana sekolah hendak bercuti maka setelah semuanya selesai, maka inilah hasilnya :

Nama program : Loving, Sharing & Caring
Tempat : SMI Hira'

Maka sebelum program itu dijalankan, kami hendaklah pergi ke sekolah berkenaan untuk berbincang dengan pengetua dan kaunselor sekolah tersebut. Selain itu kami juga hendaklah melihat sekitar sekolah berkenaan untuk kesesuaian aktiviti. Hari yang ditunggu telah tiba. Pada pagi Jumaat kami telah bertolak ke Kuala Selangor yang mana terletaknya sekolah yang ingin kami jadikan sebagai tempat menjalankan aktiviti. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.. Sebelum bertolak tersebut, kami menghadapi sedikit dugaan iaitu kereta yang telah kami sewa kehabisan minyak. Shafik terpaksa membeli minyak dengan menaiki motornya di stesen minyak yang berhampiran. Namun itu bukan lah satu halangan yang boleh mematahkan semangat kami semua.
Akhirnya setelah perjalanan memakan masa dalam 2 jam, kami pun tiba di sekolah tersebut.. Kami telah menemui pengetua dan kaunselor tersebut dan berbincang mengenai program yang akan kami jalankan pada minggu hadapan.
perbincangan bersama kaunselor

setelah selesai aktiviti perbincangan, kaunselor telah membawa kami untuk melihat-lihat persekitaran sekolah.

meninjau kawasan sekolah sambil bertanya soalan


kenangan bersama kaunselor SMI Hira'