Friday, November 9, 2012

Penyakit Examinitis Menyerang Lagi!


kecut perut? Hilang selera makan? Tidur tidak lena? Hilang fokus?
Ini merupakan simptom-simptom serangan examinitis yang selalunya menyerang kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia.
Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi.
Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar. Namun setiap yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan.
Begitu juga dengan penyakit examinitis ini.
Malahan keaadaan pesakit akan bertambah buruk sekiranya tidak menyedari akan terdapatnya penyakit ini pada dirinya sepertimana keadaan manusia pada hari ini yang kebanyakkannya tidak menyedari akan kesakitan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka terus menerus berada di dalam kesengsaraan. Maka di sini disertakan maklumat lanjut tentang examinitis dan cara menghadapinya.
Nama saintifik :
Examinitis
Golongan sasar yang mudah dijangkiti :
Semua golongan yang berada di institusi-institusi pendidikan terutamanya golongan muda yang berumur 17-26 tahun
Most vulnerable :
1. Pelajar tajaan yang mempunyai perjanjian dengan penaja
2. Ciri-ciri lain yang tidak dapat disenaraikan
Tanda-tanda awal :
1. Sudah tidak PD (baca PeDe atau mudahnya percaya diri)
o Tidak mendapat keputusan yang diharapkan
o Mencuba tetapi masih merasa hampa
o Gagal mengesani punca yang membawa kepada hilang percaya diri
o Tertekan dengan expectation masyarakat (baca bisikan halus dari dalam diri yang mendatangkan gambaran-gambaran negatif)
2. Dan lain-lain lagi yang sukar untuk diperkatakan namun mudah untuk digambarkan
Bagi sesiapa yang mengidapnya, di sini disertakan beberapa kaedah rawatan tradisional yang tidak luput ditelan zaman semenjak ratusan tahun yang lampau.
1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus
o Berikut disertakan sebahagian checklist analisa;
• Keikhlasan niat dan perbuatan
• Usaha yang tersusun dan berterusan
• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal
• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah
2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

sumber: iluvislam

Saya ni kan Perempuan..nanti kahwin duduk rumah juga


Apabila anda melihat kanak-kanak bawah umu empat tahun, mereka berbuat pelbagai perkara bagi menarik perhatian ibunya. Si anak mencungkil hidung adiknya yang lain, menarik rambut sendiri atau rambut adik, merosakkan permainan serta menangis. Ada kalanya mereka berbua demikian kerana 'hendak tahu sesuatu keadaan. inilah yang dinyatakan oleh Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Univerisiti Malaya, Dr. Mariani Md. Nor.

Bayangkan pula apabila suatu hari nanti si anak bertanya sesuatu kepada ibunya berkaitan kerja sekolah, si ibu menjawab, "Entahlah nak. Mak pun tak tahu." Apakah kesannya? Sudah tentu si anak kurang percaya pada si ibu dan tidak mahu bertanya lagi pada masa akan datang. Anak itu merasakan tiada gunanya bertanya tanpa mendapat jawapan yang memuaskan. Dalam banyak kes sekolah menengah, remaja tidak lagi merujuk kepada ibu ayah dalam membuat sesuatu keputusan kerana merasakan ada pihak yang lebih memahami psikologi dan perasaan mereka.

Dalam menangani peristiwa pertama dan kedua, ilmu diperlukan oleh seorang perempuan apabila menjadi ibu. Walaupun di rumah, ilmu memainkan peranan penting bagi menguruskan keperluan rumah tangga dan mendidik anak-anak khususnya.


sumber: Hidup 'Zero' Alasan

apalah yang seronok sangat belajar tu...


Semasa makan anda rasa sedap dan enak. Ia menyeronokkan dan mmebahagiakan. Semasa sakit,  emak anda sediakan khas untuk anda. Semasa sakit, anda tidak mampu mengecapi kelazatan burger ataupun keharuman sate dan enaknya ayam goreng yangderia rasa atau hidu anda tidak berfungsi dengan baik. Ia tidak dapat maklumat secukupnya untuk berinteraksi dengan otak. Maklumat seperti ini jugalah yang anda perlukan dalam kehidupan seharian. Maklumat atau ilmu deria sudah dilengkapkan oleh Tuhan. Namun, anda perlu mencari maklumat atau ilmu 'deria kehidupan' supaya kehidupan akan lebih bermakna dan lebih bahagia.

lembabnya otak ni..eee


semasa anda kecil, adakah anda mampu menuturkan banyak perkataan? sudah pasti TIDAK, bukan? apa yang berlaku anda mengulang-ulang pelbagai perkataan yang anda dengar dan belajar. pengulangan ini menguatkan ingatan anda. inilah yang perlu dilaksanakan semasa kita menghafaz sesuatu.

bagi mengekalkan ingatan anda, anda perlu memasukkan maklumat yang diperoleh ke minda separa sedar. maklumat yang anda hafaz bak air yang mengalir. pada kali pertama, ia mengalir lalu, apabila air itu dialirkan banyak kali, ia menyerap ke dalam tanah yang dilaluinya. inilah yang berlaku kepada minda anda di mana minda separa sedar menyerap maklumat yang diperoleh selepas beberapa kali diulang.

sumber: Hidup 'Zero' Alasan

semua tidak boleh. apa yang boleh?

pernahkah anda melihat ibu mengandung yang tidak boleh makan seperti biasa dia makan?
setiap kali makan, pastinya akan dimuntahkan. apa yang mampu untuk diisikan ke dalam perut hanyalah air kosong dan buah-buahan sahaja. pada masa itu, apa sahaja peluang semasa sihat dahulu adalah nikmat yang tak terperi bagi si ibu. banyak perkara yang boleh dia lakukan semasa sihat. akan tetapi semasa sakit, pelbagai cabaran perlu dihadapi. perkara yang boleh dilakukan begitu terbatas.
sebagai individu yang sihat, kita boleh melakukan pelbagai perkara. maka kita hendaklah bersyukur..

sumber: Hidup 'Zero' Alasan