Thursday, September 27, 2012

kaunselor saya....begini ciri-cirinya..



Carl Rogers (1961) telah menyatakan bahawa seorang kaunselor itu perlu memiliki 4 sifat yang berkesan iaitu:
1.      Penerimaan dan kemesraan
Seorang kaunselor hendaklah mengalami dan menunjukkan minat dan tumpuannya kepada klien. Kaunselor juga perlu memberitahu klien mengenai sikapnya yang suka menerima, menghormati dan suka klien secara jujur tanpa mengenakan sebarang syarat iaitu penerimaan tanpa syarat. Kaunselor hendaklah menerima klien tersebut dengan penuh kerelaan dan kemesraan supaya klien berasa selesa,yakin dan bebas walaupun baru menemui klien.



nak katanya...kaunselor ni hendaklah menerima apa jua klien yang datang  menemui nya untuk melakukan sesi

2.      Tidak menghukum
Seorang kaunselor hendaklah mengelakkan diri daripada memberi label kepada klien apabila klien menyatakan masalahnya. Seorang kaunselor juga tidak boleh membuat keputusan sehingga mendapat bukti dan keterangan yang lengkap.
tiada istilah menghukum di dalam kaunseling

3.      Ketulenan
Kaunselor hendaklah sentiasa menunjukkan keaslian dan tidak berpura-pura. Ketenangan juga sangat penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor juga tidak boleh menunjukkan kecenderungan menguasai di dalam sesi. Kaunselor yang asli dan tulen akan diterima sebgai seorang kaunselor yang jujurdan benar. Hal ini akan menimbulkan perasaan selamat dan yakin akan kebolehan kaunselor oleh klien.


  Ketepatan
Kaunselor membantu klien untuk mencurahkan ataupun meluahkan segala masalah yang tersimpan dengan tepat dan jelas. Kata-kata tersebut mestilah mudah, jelas dan mudah difahami. Sekiranya klien meluahkan isi hati dengan kata-kata yang mengelirukan, kaunselor hendaklah memberikan perhatian dan fokus untuk memastikan sesi kaunseling dapat dijalankan dengan sempurna dan baik.

kaunselor hendaklah fokus untuk memahami konflik klien


No comments: