Thursday, September 27, 2012

siapa kaunselor??


Kaunselor ialah seorang individu yang memainkan peranan penting dalam mengendalikan sesi kaunseling. Individu tersebut mestilah mempunyai kemahiran-kemahiran asas kaunseling.
Mengikut Kamus Dewan (2002), kaunselor didefinisikan sebagai seorang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah ataupun seseorang yang berkemampuan memberikan khidmat kaunseling.
Mengikut Akta Kaunselor (1998), Kaunselor ialah seorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu bayaran yang telah ditetapkan ataupun apa-apa balasan yang lain.
Menurut Rogers (1977) pula, kaunselor ialah orang yang menarik, suka bersahabat, dan seseorang yang memiliki keyakinan diri serta percaya kepada orang lain.
Menurut Blocher (2000) pula, kaunselor adalah penolong kepada klien yang memaksimumkan kebebasannya supaya klien dapat memilih cara, situasi dan persekitaran yang dapat menolong mengembangkan peribadi seseorang.

my future...

No comments: