Thursday, September 27, 2012

apa itu kaunseling???


Kaunseling ialah satu proses di antara kaunselor dengan klien di dalam set formal dan perlu berpandukan teori-teori kaunseling. sebenarnya, sesi kaunseling bukanlah bukanlah satu sesi memberi nasihat walaupun seorang kaunselor akan mencadangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh klien. Kaunselor  tidak akan memberikan jawapan kepada klien kepada permasalahan yang dihadapinya tetapi akan mencari jawapan tersebut bersama-sama klien. Jawapan akan ditentukan atas persetujuan klien itu sendiri. Kaunseling mempunyai banyak maksud yang telah didefinisikan oleh tokoh-tokoh kaunseling.

Tokoh 1:
Menurut Rogers  (1951),  di dalam satu proses kaunseling, klien akan menceritakan kesemua perkara mengenai dirinya bermula daripada kejadian yang lepas kepada situasi yang serius sehingga mengatakan “saya di sini”, “sekarang” yang merujuk kepada keadaannya sekarang.

Tokoh 2:
            Menurut Patterson (1986), kaunserling ialah lambang profesional seorang kaunselor yang terlatih dengan klien. Perhubungan diantara kaunselor dengan klien ini bertujuan untuk membantu klien memahami mengenai pandangan mereka terhadap kehidupan mereka sendiri serta belajar untuk mencapat matlamat yang ditentukan oleh mereka sendiri.

Tokoh 3:
            Menurut Othman (2000), kaunseling ialah satu bidang sains terapan iaitu satu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala diantara orang yang menolong dan orang yang perlukan pertolongan dalam suasana yang penuh harmoni, penuh kesedaran dan saling memahami.

Tokoh 4:
            Mengikut Aziz (2002) pula, kaunseling bermaksud satu proses menolong individu secara memberi bimbingan dan nasihat untuk individu tersebut membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian sendiri bagi mencapai sesuatu matlamat.

            Mengikut Akta Kaunselor (1998), satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai sesuatu perubahan pada diri klien supaya perubahan tersebut akan berterusan dalam hidup klien.

            American Counseling Association (ACA,1997) mendefinisikan kaunseling sebagai “the application of mental health, psychological or human development principles, through cognitive, affective, behavioral or systematic interventions, strategies that address wellness, personal growth, or career development, as well as pathology.”
            Secara kesimpulannya, kaunseling ialah sebuah profesion yang profesional. Profesion ini berkaitan dengan kejayaan, perkembangan personal, kerjaya dan patalogi. Kaunseling hanya akan dilakukan atas kemahuan individu itu sendiri dan individu itu hendaklah seorang yang berfungsi penuh. Proses kaunseling ini mestilah berasaskan teori dan melibatkan proses perkembangan dan intervensi.

No comments: