Friday, November 16, 2012

Loving, Sharing & Caring ~ Part 3

Perbincangan dah.. Persiapan dah.. Hamper dah.. Cenderahati dah.. Buku Program dah.. DONE!..
seminggu telah berlalu maka pada 12-14 Oktober 2012, kumpulan saya telah berangkat ke sekolah SMI Hira', Jeram, Kuala Selangor. Alhamdulilah perjalanan pada kali ini lebih lancar daripada yang lepas walaupun rahmat Allah turun pada petang tersebut. Kami telah tiba di Sekolah SMI Hira' tersebut selepas waktu maghrib dan pendaftaran akan dimulakan pada malam tersebut iaitu pada pukul 9 malam. 
Pada malam pertama tersebut, aktiviti pendaftaran, ice breaking dan aktiviti 1 telah dijalankan. Program kami pada kali ini disertai oleh 55 orang peserta dan hanya peserta lelaki yang terlibat. Kami hanya menerima peserta yang diberikan oleh pihak sekolah. Malam tersebut, saya telah mengendalikan aktiviti ice breaking. Selepas aktiviti ice breaking, maka aktiviti pertama pula menyusul iaitu aktiviti Hamba Allah dan Toxic Box.
peserta yang terlibat


adik2 kiterrrr..
Hari kedua pula iaitu pada hari sabtu, lebih banyak aktiviti yang dilakukan. Antaranya ialah Pencuri & Penjaga Harta Karun, Make the New One & Love Letter...Tambahan lagi, kami juga mengadakan senamrobik seawal pukul 7.00 pagi lagi. Pada petang tersebut kami sepatutnya mengadakan Explorace akan tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan maka kami terpaksa menukar plan B.
senaman pagi

kreatif kan mereka..mereka telah mencipta jubah tahfiz

Malam hari yang kedua kami melakukan aktiviti Beautiful Night. Disebabkan ini adalah malam yang terakhir kami berada di sekolah tersebut maka kami meminta peserta untuk membuat persembahan. Tidak disangka rupa-rupanya adik peserta kita yang bakal Tahfiz ni Eh lupa nak mention tadi. Peserta ni sebenarnya semua pelajar tahfiz.hehe...jangan mare..kreatif-kreatif blake..
 
adik-adik yang sporting

malam terakhir bersama mereka
Hari Ahad telah menjelma.. Ini juga bermaksud ini adalah hari terakhir kami mengadakan program di sekolah  tersebut. Pejam celik pejam celik dah hari terakhir. sekejap je kan. Pada hari ini kami melakukan aktiviti sukanekan. terpancar di wajah adik-adik peserta ini mereka begitu seronok menjalankan aktiviti sukaneka. Main tepung-tepung menjadikan adik-adik kita ni semua putih2.hehe..
putih2 semua muka adik2 kte ni..
Masa terus berlalu..maka pada pukul 2.00 petang, majlis penutup telah berlangsung. Majlis penutup yang kami jalankan simple sahaja dan Puan Pengetua juga tidak dapat hadir kerana mengalami sedikit kesibukan. Maka hanya kaunselor sahaja yang hadir pada majlis penutup tersebut.

peserta Loving, Sharing & Caring


bersama Kaunselor SMI Hira'
Alhamdulilah.semua telah selesai.

No comments: