Friday, November 9, 2012

Saya ni kan Perempuan..nanti kahwin duduk rumah juga


Apabila anda melihat kanak-kanak bawah umu empat tahun, mereka berbuat pelbagai perkara bagi menarik perhatian ibunya. Si anak mencungkil hidung adiknya yang lain, menarik rambut sendiri atau rambut adik, merosakkan permainan serta menangis. Ada kalanya mereka berbua demikian kerana 'hendak tahu sesuatu keadaan. inilah yang dinyatakan oleh Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Univerisiti Malaya, Dr. Mariani Md. Nor.

Bayangkan pula apabila suatu hari nanti si anak bertanya sesuatu kepada ibunya berkaitan kerja sekolah, si ibu menjawab, "Entahlah nak. Mak pun tak tahu." Apakah kesannya? Sudah tentu si anak kurang percaya pada si ibu dan tidak mahu bertanya lagi pada masa akan datang. Anak itu merasakan tiada gunanya bertanya tanpa mendapat jawapan yang memuaskan. Dalam banyak kes sekolah menengah, remaja tidak lagi merujuk kepada ibu ayah dalam membuat sesuatu keputusan kerana merasakan ada pihak yang lebih memahami psikologi dan perasaan mereka.

Dalam menangani peristiwa pertama dan kedua, ilmu diperlukan oleh seorang perempuan apabila menjadi ibu. Walaupun di rumah, ilmu memainkan peranan penting bagi menguruskan keperluan rumah tangga dan mendidik anak-anak khususnya.


sumber: Hidup 'Zero' Alasan

No comments: