Menurut Rogers (1951),
di dalam satu proses kaunseling, klien akan menceritakan kesemua perkara
mengenai dirinya bermula daripada kejadian yang lepas kepada situasi yang
serius sehingga mengatakan “saya di sini”, “sekarang” yang merujuk kepada
keadaannya sekarang.
Tokoh 2:
Menurut
Patterson (1986), kaunserling ialah lambang profesional seorang kaunselor yang
terlatih dengan klien. Perhubungan diantara kaunselor dengan klien ini
bertujuan untuk membantu klien memahami mengenai pandangan mereka terhadap
kehidupan mereka sendiri serta belajar untuk mencapat matlamat yang ditentukan
oleh mereka sendiri.
Tokoh 3:
Menurut
Othman (2000), kaunseling ialah satu bidang sains terapan iaitu satu proses
menolong yang melibatkan interaksi dua hala diantara orang yang menolong dan
orang yang perlukan pertolongan dalam suasana yang penuh harmoni, penuh
kesedaran dan saling memahami.
Tokoh 4:
Mengikut
Aziz (2002) pula, kaunseling bermaksud satu proses menolong individu secara
memberi bimbingan dan nasihat untuk individu tersebut membuat keputusan dan
mencari jalan penyelesaian sendiri bagi mencapai sesuatu matlamat.
Mengikut
Akta Kaunselor (1998), satu proses sistematik untuk membantu perhubungan
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor
berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai sesuatu perubahan pada
diri klien supaya perubahan tersebut akan berterusan dalam hidup klien.
American
Counseling Association (ACA,1997) mendefinisikan kaunseling sebagai “the
application of mental health, psychological or human development principles,
through cognitive, affective, behavioral or systematic interventions,
strategies that address wellness, personal growth, or career development, as
well as pathology.”
Secara
kesimpulannya, kaunseling ialah sebuah profesion yang profesional. Profesion
ini berkaitan dengan kejayaan, perkembangan personal, kerjaya dan patalogi.
Kaunseling hanya akan dilakukan atas kemahuan individu itu sendiri dan individu
itu hendaklah seorang yang berfungsi penuh. Proses kaunseling ini mestilah
berasaskan teori dan melibatkan proses perkembangan dan intervensi.
No comments:
Post a Comment